Selangorkini
SELANGOR

Siti Nurhaliza pesan jangan ikut jejak Jamal

OLEH ERMIZI MUHAMAD

SHAH ALAM, 21 DIS : Susulan tindakan biadab Ketua Umno Bahagian Sungai Besar, Datuk Jamal Yunos yang melakukan provokasi melampau di hadapan kompleks Kerajaan Negeri, pagi ini turut menarik perhatian penyanyi nombor satu negara, Datuk Siti Nurhaliza.

Menulis di Instagram, Siti berharap agar tingkah laku sedemikian tidak menjadi ikutan masyarakat ketika ini.

“Jangan jadi macam Jamal ye,” tulisnya.

twit-siti

Paparan tersebut turut menerima pelbagai reaksi melucukan kritikan sama terhadap Jamal daripada pengikut penyanyi tersohor itu.

Pagi ini, Jamal meneruskan tindakan biadabnya apabila hadir ke Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (SSAAS) dalam keadaan bertuala tanpa berbaju, di sini.

Mendakwa kononnya hadir dengan alasan untuk ‘menumpang mandi’, pimpinan Umno itu bertindak melampau dengan mencetuskan provokasi di hadapan pintu pagar kompleks Kerajaan Negeri, selepas dihalang masuk oleh pengawal keselamatan.

Tindakan ini sekali gus memperlihatkan kebiadapan Jamal dengan melanggar etika pemakaian pelawat untuk masuk dan berurusan di dalam kompleks Kerajaan Negeri.

=EZY=


Pengarang :