Selangorkini
BERITA UTAMA SELANGOR

Sultan Selangor terima skuter klasik sempena Hari Keputeraan ke-71

OLEH SYAZWANI SUFIAN

KLANG, 12 DIS: Sempena sambutan ulangtahun Hari Keputeraan ke-71 DYMM Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan berangkat menghadiri majlis jamuan teh diraja di Padang Mahkota Istana Alam Shah, Klang.

Baginda menyempurnakan acara dengan memotong pulut kuning dengan disaksikan DYMM Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Norashikin, DYTM Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah serta kerabat diraja lain.

Sultan Sharafuddin kemudiannya menandatangai penerimaan hadiah cenderahati sempena hari keputeraan baginda antaranya termasuk tembikar dari Pejabat Menteri Besar dan Perbendaharaan Negeri Selangor juga Replika Istana Darul Ehsan dari Invest Selangor

img_0839Selain hadiah istimewa sebuah motosikal klasik jenama Lambretta daripada pegawai daerah, yang dipertua daerah, orang besar daerah seluruh Selangor.

Kira-kira 3,000 jemputan hadir termasuk Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali, Setiausaha Kerajaan (SUK) Negeri, Dato’ Mohd Amin Ahya serta barisan kepimpinan negeri.

Majlis turut diserikan dengan persembahan kebudayaan, tarian menjunjung duli daripada kumpulan kesenian Perbadanan Adat Melayu dan warisan (PADAT).

img_1170Mohd Amin berkata, jamuan teh yang diadakan itu merupakan lambang kasih tuanku kepada rakyat dari sembilan daerah yang dijemput hadir pada majlis itu.

“Sifat tuanku yang peka dengan isu kebajikan rakyat dengan memberi pandangan atau teguran membina kepada barisan pemimpin terutama dalam hal pembangunan dan perpaduan sentiasa menyentuh hati rakyat,” katanya ketika berucap di Majlis Jamuan Teh Diraja di Padang Mahkota Istana Alam Shah, Klang, semalam.

-nR-


Pengarang :