Selangorkini
BERITA UTAMA SELANGOR

Sultan Sharafuddin rasmi sambutan Maulidur Rasul

OLEH NAZLI IBRAHIM

SHAH ALAM, 12 DIS: Majlis Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Negeri Selangor 1438H/2016M di Stadium Malawati pagi tadi diserikan dengan keberangkatan Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah dan DYMM Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Norashikin.

img_20161212_130722_442Majlis memperingati hari keputeraan Nabi Muhammad SAW dirasmikan baginda itu dimulakan dengan perarakan melibatkan lebih 3,600 peserta daripada 90 kotijen daripada jabatan Kerajaan, badan berkanun, swasta, badan bukan kerajaan, institusi pengajian tinggi awam, masjid dan sekolah menengah.

Perarakan sambutan bertemakan ‘Umat Bersatu, Selangor Maju’ itu didahului Yang Teramat Mulia Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah.

Majlis yang turut dihadiri Dato’ Menteri Besar Selangor, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali dan Exco Kerajaan Negeri itu sarat dengan pengisian ilmu khususnya mengenai sejarah kehidupan Nabi Muhammad SAW sebagai ikon terbaik sepanjang zaman.

Sementara itu dalam majlis sama, seramai lima individu menerima Anugerah Khas Maulidur Rasul 1438H/2016M di atas perkhidmatan cemerlang dan sumbangan mereka dalam meningkatkan syiar Islam di Selangor.

Penerima anugerah terbabit, Bilal Kamaruddin menerima Anugerah Saidina Ali, Profesor Madya Dr Khadijah Mohd [email protected] menerima Anugerah Saidatina Khadijah, Dato’ Aidit Ghazali menerima Anugerah Imam Al-Ghazali, Tun Hisan Tun Hamzah menerima Anugerah Khalid Al-Walid dan Dato’ Setia Mohamed Khusrin Munawi menerima Anugerah Umar Bin Abdul Aziz.

-nR-


Pengarang :