Selangorkini
GLOBAL

Iran hasrat larang rakyat Amerika masuk

TEHRAN 29 JAN: Kementerian Luar Iran di media tempatan semalam menyatakan berhasrat mahu melarang semua rakyat Amerika Syarikat (AS) daripada memasuki negara itu.

Katanya ia sebagai tindak balas terhadap arahan eksekutif Presiden Donald Trump melarang rakyat dari tujuh negara majoriti Islam memasuki AS.

Iran adalah antara tujuh negara Islam dilarang memasuki AS selama 90 hari di bawah arahan Trump.

“Larangan AS itu adalah penghinaan terhadap dunia Islam, khususnya Iran,” menurut kenyataan kementerian itu.

Amerika Syarikat (AS) semalam menggantung kebenaran masuk warga dari tujuh negara majoriti Muslim dan pelarian ke negara itu.

Presiden Donald Trump mengeluarkan arahan membekukan kemasukan pelarian selama empat bulan dan warga Iran, Iraq, Libya, Somalia, Sudan, Syria dan Yaman selama sekurang-kurangnya 90 hari.

Trump berkata, pentadbirannya memerlukan masa mewujudkan proses penapisan lebih ketat bagi pelarian, imigran dan pelancong.

=EZY=


Pengarang :