25 maut, sejuta terkesan banjir terburuk Selatan Thailand | Selangorkini


25 maut, sejuta terkesan banjir terburuk Selatan Thailand

BANGKOK 10 JAN: Banjir terburuk dalam tempoh 50 tahun menyebabkan sekurang-kurangnya 25 terkorban di Selatan Thailand sehingga menyebabkan perniagaan lumpuh dan beribu-ribu pelancong terkandas.

Agensi Berita Antarabangsa AP melaporkan Kementerian Dalam Negeri berkata, beberapa lebuh raya utama yang menghubungkan kawasan selatan dengan bahagian lain di negara itu ditenggelami air.

Mengikut kenyataan itu, hujan lebat di 12 wilayah sejak 1 Januari lalu menjejaskan lebih satu juta orang.


Satu lapangan terbang utama dan sekolah di selatan masih ditutup.

Jabatan kaji cuaca meramalkan hujan lebat berterusan di wilayah berkenaan yang terkenal dengan pantai dan pusat peranginan yang menarik berjuta-juta pelancong asing setiap tahun.

Bangkok Post melaporkan kerugian ekoran banjir itu dianggarkan kira-kira 15 billion baht sementara pengeluaran getah terjejas.

=EZY=

Media Selangor Mobile App

Membawakan kepada anda berita terkini daripada Selangorkini, aplikasi mudah alih Media Selangor membekalkan kepada anda sumber yang dipercayai untuk liputan berita yang pantas di mana sahaja dan pada bila bila masa


Smiley face Smiley face


Kongsikan ini :

About the contributor

Norway

Editor

Mohd Ezli Mashut


Norway    Norway   Norway   Norway  

BERITA BERKAITAN

Prev
Next