Selangorkini
????????????????????????????????????
SELANGOR

260 Rumah Selangorku dikenal pasti Skim Smart Sewa

OLEH LIZAWATI MADFA

SHAH ALAM, 24 JAN: Sebanyak 260 unit Rumah Selangorku dikenal pasti untuk dibeli di bawah Skim Smart Sewa membabitkan kos keseluruhan RM46.5 juta.

Exco Perumahan, Pengurusan Bangunan Dan Kehidupan Bandar, Dato’ Iskandar Abdul Samad berkata, ia bakal disewakan kepada pemohon yang gagal mendapatkan pinjaman bank untuk membeli rumah.

Katanya, ia juga terbuka kepada mereka yang belum bersedia membeli rumah.

“Penyewa akan mendapat kembali 30 peratus dari sewa yang dibayar setelah tamat kontrak sewaan.

“Wang yang dipulangkan akan digunakan untuk membantu mereka membeli rumah sendiri,” katanya dalam kenyataan.

Pada Belanjawan Selangor 2017, Kerajaan Negeri mengumumkan peruntukan RM100 juta bagi membeli Rumah Selangorku untuk menjayakan Skim Smart Sewa.

Iskandar berkata 260 unit berkenaan adalah terletak di Pangsapuri De Kiara sebanyak 30 unit, Pangsapuri De Bayu (30 unit), Pangsapuri Bandar Bukit Raja (50 unit), Apartment Trifolis, Bandar Botanic (30 unit), Jade Hills Kajang (50 unit), Pangsapuri Bandar Rimbayu (50 unit) dan Bandar Seri Coalfields, Sungai Buloh (20 unit).

=EZY=


Pengarang :