Selangorkini
SELANGOR

31,035 peminjam HIJRAH sehingga 31 Disember 2016

OLEH AFIX REDZUAN

SHAH ALAM, 3 JAN: Skim pembiayaan mikrokredit Hijrah Selangor (HIJRAH) mempunyai 31,035 peminjam berdaftar dengan pembiayaan berjumlah RM163,092,000 sehingga 31 Disember 2016.

Berdasarkan statistik sejak 2015, jumlah peminjam bertambah dari 15,208 orang kepada 15,827 orang dengan jumlah pembiyaan RM86,352,000 bagi 2016.

Dipecahkan mengikut tiga zon, zon 1 yang terdiri daripada cawangan Kapar, Klang, Kota Raja, Kuala Selangor, Sabak Bernam, Shah Alam, Sungai Besar dan Tanjong Karang mempunyai peminjam teramai berjumlah 13,367 dengan pembiayaan RM64,695,000.

Diikuti Zon 2 yang mempunyai 8,929 peminjam dengan pembiyaan berjumlah RM51,458,000 manakala Zon 3 dengan RM46,939,00 melibatkan 8,739 peminjam.

Mengikut pecahan cawangan, Subang mempunyai jumlah peminjam tertinggi seramai 2,244 orang diikuti Sungai Besar (2,1910) dan Kapar (2,026).

Bagi 2017, Kerajaan Selangor memberikan peruntukan tambahan sebanyak RM50 juta dengan penyediaan dana pusingan RM185 juta bermula 2017 serta menyasarkan pembiayaan kepada veteran angkatan tentera dan wanita ladang.

=EZY=


Pengarang :