35 diplomat Rusia tinggalkan Amerika selepas diusir | Selangorkini


About the contributor

Norway

Pengarang

Mohd Ezli Mashut

35 diplomat Rusia tinggalkan Amerika selepas diusir

WASHINGTON 2 JAN: Pesawat membawa 35 diplomat Rusia yang didakwa terlibat dalam aktiviti ‘campur tangan’ dalam pilihan raya Presiden Amerika Syarikat meninggalkan negara itu semalam.

Menurut agensi berita Rusia, seorang pegawai kedutaan berkata, sebuah pesawat negara itu telah mengambil semua kakitangan yang terlibat dan keluarga mereka.

Pengusiran diplomat itu sebagai tindak balas kepada dakwaan menggodam kempen Parti Demokrat Amerika Syarikat dan Hillary Clinton semasa pilihan raya presiden 2016.


Diplomat itu diberikan tempoh selama 72 jam untuk meninggalkan negara itu dengan dua bangunan yang didakwa terlibat dalam aktiviti itu ditutup.

Pentadbiran Barrack Obama juga mengenakan sekatan ekonomi terhadap dua agensi perisikan Rusia FSB dan GRU.

Perisikan Amerika Syarikat sebelum ini yakin penglibatan Rusia dalam campurtangan terhadap pemilihan Presiden Amerika Syarikat apabila menyaksikan Donald Trump mengalahkan Hillary Clinton.

=EZY=

Media Selangor Mobile App

Membawakan kepada anda berita terkini daripada Selangorkini, aplikasi mudah alih Media Selangor membekalkan kepada anda sumber yang dipercayai untuk liputan berita yang pantas di mana sahaja dan pada bila bila masa


Smiley face Smiley face


Kongsikan ini :

BERITA BERKAITAN

Prev
Next