Adenan, tokoh Reformasi perubahan Sarawak – Azmin | Selangorkini


About the contributor

Norway

Pengarang

Naeem Raffi

Adenan, tokoh Reformasi perubahan Sarawak – Azmin

OLEH ERMIZI MUHAMAD

KUCHING, 12 JAN : Pemergian Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Adenan Satem bukan sahaja memberi kesan kepada rakyat negeri itu, bahkan kepada seluruh masyarakat Malaysia.

Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali berkata, Allahyarham merupakan tokoh selayaknya dijulang kerana semangat dan iltizam tinggi yang ditunjukkan demi perubahan dan kemajuan Sarawak.


“Saya mengenali beliau dan dilihat bahawa Adenan adalah tokoh yang berusaha keras lakukan perubahan dan reformasi pentadbiran Sarawak.

IMG_3572“Usaha dilakukan Adenan itu telus demi masa depan negara dan kemajuan kebajikan rakyat Sarawak.

“Diharap legasi kepimpinan seperti ini akan terus lahir di bumi Sarawak,” katanya kepada SelangorKini.

Beliau berkata demikian selepas hadir di Masjid Jamek Petra Jaya bagi memberi penghormatan terakhir kepada jenazah, pagi tadi.

Sebelum ini, umum mengetahui ketokohan pemimpin tersebut lantang memperjuangkan hak dan kebajikan rakyat Sarawak.

Ini termasuklah tentangan aktiviti pembalakan negeri dan pengenalan dasar diwujudkan Kerajaan Persekutuan seperti mengiktiraf Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC).

Terdahulu, Adenan mula memegang jawatan Ketua Menteri Sarawak daripada Tan Sri Taib Mahmud pada 2014.

adenan-sarawak1Beliau memulakan kerjaya politik pada 1979 apabila memenangi pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Muara Tuang.

Beliau kemudian mengekalkan kerusi itu dalam enam pilihan raya negeri (PRN) berikutnya sebelum memenangi Pilihan Raya Parlimen ke-11 bagi kerusi Batang Sadong.

Adenan dilaporkan menghembuskan nafas terakhirnya semalam setelah dimasukkan ke Pusat Jantung Hospital Umum Sarawak, Kota Samarahan, kelmarin selepas mengadu mengalami keletihan melampau dan kesukaran bernafas.

-nR-

Media Selangor Mobile App

Membawakan kepada anda berita terkini daripada Selangorkini, aplikasi mudah alih Media Selangor membekalkan kepada anda sumber yang dipercayai untuk liputan berita yang pantas di mana sahaja dan pada bila bila masa


Smiley face Smiley face


Kongsikan ini :

BERITA BERKAITAN

Prev
Next