Air Selangor laksana sistem baru lebih bersepadu efektif | Selangorkini


About the contributor

Norway

Pengarang

Mohd Ezli Mashut

Air Selangor laksana sistem baru lebih bersepadu efektif

OLEH LIZAWATI MADFA

SHAH ALAM, 10 JAN: Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) bakal laksana Sistem Pengurusan Perhubungan Pelanggan dan Pengebilan baru yang lebih bersepadu, komprehensif dan efektif pada awal 2018.

Ketua Pegawai Eksekutif, Suhaimi Kamaralzaman berkata, ia merupakan sebahagian inisiatif transformasi digital Air Selangor bagi menambahbaik sistem perkhidmatan pelanggannya.


Katanya, ia bakal memberi perkhidmatan kepada lebih dua juta pelanggan di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya.

“Selepas mengambil alih Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (SYABAS) pada Oktober 2015, kami menyedari ia beroperasi dengan sistem legasi propietari tidak bersepadu berusia lebih 10 tahun untuk perhubungan pelanggan, pengebilan dan semua perkhidmatan berkaitan sistem.

“Dalam usaha memenuhi keperluan dalam talian serta melayani jangkaan pelanggan serta menyediakan standard perkhidmatan tertinggi, kita tidak mempunyai pilihan selain memberi laluan kepada sistem lebih dinamik, teguh dan bertaraf dunia,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyempurnakan Majlis Memulakan Sistem Pengurusan Perhubungan Pelanggan dan Pengebilan di Tech Mahindra ICT Services (Malaysia) Sdn Bhd, Cyberjaya, semalam.

Suhaimi berkata, Tech Mahindra dilantik sebagai rakan implementasi sistem baru yang menggunakan perisian Oracle itu.

“Apabila siap sepenuhnya, Air Selangor bakal menjadi pengendali air terulung di Malaysia menggunakan sistem Pengurusan Perhubungan Pelanggan dan
Pengebilan bertaraf dunia,” katanya.

Bagi tempoh 12 bulan akan datang, pembersihan data, perkakasan dan konfigurasi perisian, pengurusan rangkaian, integrasi, penghijrahan data serta operasi selari dan percubaan akan dilaksanakan sebelum pelancaran dan pelaksanaan sistem.

Sistem baru menawarkan platform bil sehenti yang akan menamatkan kontroversi pengebilan dan proses akaun birokratik serta dilengkapi maklumat tepat mengenai pelanggan, data bil air terperinci, alamat dan nombor telefon bimbit.

Kesemua maklumat ini memudahkan penyebaran pengumuman pantas melalui perkhidmatan mesej ringkas (SMS) kepada pemegang akaun.

Pelanggan juga dapat mengakses pengebilan atas talian dan maklumat perkhidmatan melalui aplikasi telefon pintar dan web.

=EZY=

Media Selangor Mobile App

Membawakan kepada anda berita terkini daripada Selangorkini, aplikasi mudah alih Media Selangor membekalkan kepada anda sumber yang dipercayai untuk liputan berita yang pantas di mana sahaja dan pada bila bila masa


Smiley face Smiley face


Kongsikan ini :

BERITA BERKAITAN

Prev
Next