Selangorkini
BERITA UTAMA NASIONAL

Aliran trafik lancar dan terkawal

OLEH LIZAWATI MADFA

SHAH ALAM, 30 JAN: Aliran trafik di beberapa lebuh raya utama dilihat lancar dan terkawal, setakat jam 11.30 pagi ini.

trafik1Merujuk laman sesawang rasmi Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM), semakan aliran semasa menunjukkan trafik di Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) di kedua-dua arah terkawal.

Semakan mendapati tiada lokasi mengalami kesesakan walaupun bilangan kenderaan dilihat meningkat menuju ibu negara.

Situasi sama dapat dilihat di lebuh raya lain seperti Lebuhraya Pantai Timur (LPT) menuju ke timur semenanjung.

Bagi kawasan sekitar Selangor, aliran trafik dilihat lancar di semua lebuh raya.

Antaranya, Lebuhraya Damansara Puchong (LDP), Lebuhraya Baru Lembah Klang (NKVE), Lebuhraya Shah Alam (KESAS) dan Lebuhraya Utara Selatan Hubungan Tengah (ELITE).

Keadaan juga tenang di Lebuhraya Lingkaran Luar Kajang (SILK), Lebuhraya Lembah Klang Selatan (SKVE), Lebuhraya KL Kuala Selangor (LATAR), Lebuhraya Kemuning Shah Alam (LKSA) dan Lebuhraya Guhtrie Koridor (GCE).

Sementara itu, di Tambak Johor, kenderaan bergerak lancar dari Malaysia ke Singapura di kedua-dua arah Laluan Kedua Malaysia-Singapura (Linkedua).

Untuk maklumat lanjut, orang ramai boleh ke laman rasmi LLM atau ikuti twitter @LLMinfotrafik.

-NFN-


Pengarang :