Ambil tindakan elak tanah rizab jadi tapak lupus sampah | Selangorkini


About the contributor

Norway

Pengarang

Mohd Ezli Mashut

Ambil tindakan elak tanah rizab jadi tapak lupus sampah

SHAH ALAM, 4 JAN: Tanah yang sepatutnya menjadi rizab pembinaan Sekolah Tamil menjadi tapak pelupusan sampah dan pembakaran secara haram di Jalan 18/19, Taman Kanagapuram, Petaling Jaya.

Ahli Dewan Negeri (ADN) Bukit Gasing, R.Rajiv berkata, tapak tersebut merupakan tanah rizab untuk didirikan sekolah hanya dibiarkan tanpa sebarang pembangunan sehingga menjadi pusat pelupusan sampah.

“Kerajaan Persekutuan mengumumkan sejak 2012 lagi akan membina Sekolah Tamil di atas tanah rizab tersebut, tetapi sehingga kini tiada sebarang tindakan. Bukan itu sahaja, malah tiada wakil yang turun menjaga mahupun membuat pantauan.


“Apabila terlalu lama terbiar kawasan itu menjadi tempat pembakaran dan pembuangan sampah sehingga menyebabkan bau busuk yang tidak menyenangkan penduduk disekitarnya,” katanya.

Kira-kira 800 unit perumahan berdekatan kawasan terbabit mengalami gangguan masalah bau busuk dan asap daripada pembakaran secara haram tersebut.

Rajiv berkata, beliau dimaklumkan penduduk pada awal waktu pagi ada individu yang melakukan pembakaran dan ia hanyut di sekitar kawasan perumahan menyebabkan penduduk tidak berpuas hati.

Beliau berkata, Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) telah berkali-kali membersihkan tapak sampah dan mengadakan pertemuan dengan Kementerian Pelajaran mengeluarkan surat pekeliling, tetapi masalah tetap tidak dapat penyelesaian

Rajiv menegaskan bahawa Kementerian Pelajaran mempunyai tanggungjawab untuk menjaga tapak sekolah, dan pagar konkrit tertutup, untuk menghalang sesiapa daripada masuk.

“Kementerian Pelajaran dinasihatkan jika dalam waktu terdekat tidak dapat membina sekolah, untuk sementara waktu jadikan ia tapak padang bola. Ia bertujuan bagi mengelakkan tapak tersebut menjadi pusat pelupusan sampah haram,” katanya.

=EZY=

Media Selangor Mobile App

Membawakan kepada anda berita terkini daripada Selangorkini, aplikasi mudah alih Media Selangor membekalkan kepada anda sumber yang dipercayai untuk liputan berita yang pantas di mana sahaja dan pada bila bila masa


Smiley face Smiley face


Kongsikan ini :

BERITA BERKAITAN

Prev
Next