Selangorkini
AGAMA SELANGOR

Anak Orang Asal diberi latihan berdakwah

OLEH SYAZWANI SUFIAN

SHAH ALAM, 18 JAN: Dalam usaha membimbing dan melatih saudara baru sebagai pendakwah berkesan dalam masyarakat, Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) mengadakan Program Penghantaran Pelajar Anak Orang Asli ke Pusat Latihan dan Dakwah di Kok Lanas, Kelantan.

Menurut laman rasmi MAIS, program itu dijayakan oleh Unit Pendidikan, Bahagian Pengurusan dan Pembangunan Muallaf, MAIS bersama Persatuan Kebajikan dan Pengurusan Islam Orang Asli Selangor (PKPI).

“Seramai 10 anak Orang Asal dihantar menyertai program ini pada 13 hingga 15 Januari lalu.

“Program ini bertujuan mendapatkan pelapis dai (pendakwah) di kalangan masyarakat Orang Asal serta memberi bimbingan Agama Islam berterusan dan memberi pendedahan Islam sebenar,” katanya dalam kenyataan.

MAIS mengharapkan program itu dapat mengeratkan hubungan agensi terlibat dengan pembangunan Orang Asal dalam memberi sokongan kepada masyarakat itu untuk terus maju serta berdaya saing.

Program itu diketuai Pengerusi PKPI, Muhammad Busu, Penolong Pengurus Bahagian Pengurusan dan Pembangunan Muallaf MAIS, Mohd Anwarulhaq Sulaiman bersama Penasihat Madrasah Pengajian Islam (MPI), Ghazali Ibrahim dan Mudirah MPI, Suhaidah Suhaimi.

=EZY=


Pengarang :