Anggun City bakal tawar rumah mampu milik | Selangorkini


Anggun City bakal tawar rumah mampu milik

OLEH LIZAWATI MADFA

HULU SELANGOR, 5 JAN: Sekurang-kurangnya 200 unit rumah mampu milik bakal ditawarkan di Anggun City yang dimajukan kumpulan Hong Bee Land (HBL).

Pengurus Jualan, K Jamilchelvan berkata, ia merupakan sebahagian perancangan awal kawasan perbandaran itu dan kini di peringkat ‘drawing board’.


“Kita akan siapkan secepat mungkin selaras dengan permintaan kerajaan yang mahu ia ditawarkan untuk orang awam.

pc-8-of-13“HBL sentiasa komited untuk menjayakan agenda kerajaan demi kepentingan rakyat,” katanya kepada SelangorKini, di sini, hari ini.

Mula ditubuhkan pada 1994, HBL mempunyai bank tanah berkeluasan 2,900 ekar di Semenanjung Malaysia.

Lebih kurang 1,600 ekar terletak di Rawang sementara baki 1,300 ekar terletak di Iskandar Development Region (IDR), Pulai, Johor.

Anggun City merupakan projek perbandaran sulung HBL dengan keluasan 700 ekar tanah.

Setakat ini, Anggun City dilengkapi perumahan Anggun 1 dan Anggun 2 serta pusat membeli-belah Aeon Rawang dan restoran makanan segera popular 24 jam, McDonalds.

-NFN-

Media Selangor Mobile App

Membawakan kepada anda berita terkini daripada Selangorkini, aplikasi mudah alih Media Selangor membekalkan kepada anda sumber yang dipercayai untuk liputan berita yang pantas di mana sahaja dan pada bila bila masa


Smiley face Smiley face


Kongsikan ini :

About the author

BERITA BERKAITAN

Prev
Next