Selangorkini
SELANGOR

Anugerah Laporan Berita Terbaik Online PKNS milik SelangorKini

OLEH LIZAWATI MADFA

SHAH ALAM, 21 JAN: Wartawan Kanan SelangorKini, Hafizan Taib menerima Anugerah Laporan Berita Online Terbaik dari Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS), malam tadi.

Bertempat di Laman PKNS, anugerah disampaikan Ketua Pegawai Eksekutif PKNS, Noraida Mohd Yusof dan dihadiri lebih 100 pengamal media.

15977664_736223339863472_5121024154057678719_nHafizan menerima anugerah berkenaan menerusi laporan berita bertajuk ‘PKNS Bimbing 40,000 usahawan babit kos RM230 juta’ yang disiarkan pada 29 September lalu.

Berkhidmat Di Selangor Kini lebih lima tahun, penghargaan itu melayakkan beliau menerima piala dan sijil penghargaan PKNS.

Dihoskan pengacara terkenal, Ally Iskandar, majlis turut dimeriahkan persembahan artis seperti Elly Mazlein, Ronnie Hussin dan Aiman Tino.

Anugerah lain termasuk Anugerah Laporan Berita Korporat Terbaik, Anugerah Laporan Berita Komuniti Terbaik, Anugerah Laporan Berita Sukan Terbaik dan Anugerah Gambar Terbaik.

Sebelum ini, bekas wartawan kanan yang kini Penolong Editor Selangor Kini menerima Anugerah Liputan Aduan dan Permasalahan Terbaik 2014 pada Majlis Apresiasi Media Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ), pada 2015.

Naeem Raffi menang menerusi laporan pembuangan sampah haram di Tasik Seri Aman, Puchong dengan artikel bertajuk ‘Komitmen MPSJ Pulih Tasik Dipuji’.

Tahun sama, Naeem turut menerima penghargaan daripada Majlis Daerah Kuala Langat (MDKL) pada Majlis Iftar Ramadan bersama MDKL.

Pada Disember 2016, wartawan, Norhayati Umor turut menerima pengiktirafan menerusi Pertandingan Menulis Esei anjuran Majlis Perbandaran Klang (MPK).

-nR-


Pengarang :