Anugerah Puskás milik Mohd Faiz | Selangorkini


About the contributor

Norway

Pengarang

Mohd Ezli Mashut

Anugerah Puskás milik Mohd Faiz

OLEH AFIX REDZUAN

ZURICH, 10 JAN: Penyerang Pulau Pinang, Mohd Faiz Subri menepati ramalan membawa pulang Anugerah Puskás 2016 sekaligus menjadi pemain pertama dari Asia Tenggara memenangi trofi itu dalam satu majlis yang berlangsung di Zurich, Switzerland awal pagi ini.

Beliau menewaskan dua lagi finalis, pemain Brazil, Jonath Marlone Azevedo da Silva dan wakil tunggal wanita, Danisuka Rodriguez dari Venezuela dengan undian 59.46 peratus.


Mohd Faiz, 30, meledak gol istimewa itu ketika membantu skuad Harimau Kumbang menewaskan Pahang 4-1 pada aksi Liga Super di Stadium Bandaraya, Pulau Pinang pada 16 Februari 2016.

Beliau yang segak mengenakan sepasang sut hitam menerima trofi kemenangan yang disampaikan oleh lagenda Brazil, Ronaldo.

Sementara itu, Cristiano Ronaldo melengkapkan musim gemilang sebagai pemain Portugal dan Real Madrid apabila dipilih Pemain Terbaik FIFA 2016.

Beliau menewaskan dua lagi calon pilihan Antoine Griezmann dari Perancis dan Lionel Messi dari Argentina.

Ronaldo berjaya menjulang Piala Euro 2016 di Perancis selain membantu Real Madrid memenangi trofi Liga Juara-Juara Eropah buat kali ke-11.
SENARAI PEMENANG ANUGERAH FIFA 2016

Pemain Terbaik FIFA Lelaki – Cristiano Ronaldo (Portugal)

Pemain Terbaik FIFA Wanita – Carli Lloyd (Amerika Syarikat)

Jurulatih Terbaik FIFA Lelaki – Claudio Ranieri (Itali)

Jurulatih Terbaik FIFA Wanita – Silvia Neid (Jerman)

Anugerah Karier Luar Biasa FIFA – Falcão (Futsal/Brazil)

Anugerah Fair Play FIFA – Atlético Nacional (Brazil)

Anugerah Puskás FIFA – Mohd Faiz Subri (Malaysia)

Anugerah Penyokong Terbaik – Liverpool & Borussia Dortmund (Liverpool 4-3 Borussia Dortmund (2015/16 Suku Akhir UEFA Piala Europa – 14 April 2016)

FIFA FIFPro World11 ‘Dream Team’

Manuel Neuer – FC Bayern Munich (Jerman)
Marcelo – Real Madrid (Brazil)
Sergio Ramos – Real Madrid (Sepanyol)
Gerard Piqué – FC Barcelona (Sepanyol)
Dani Alves – Juventus (Brazil)
Andrés Iniesta – FC Barcelona (Sepanyol)
Toni Kroos – Real Madrid (Jerman)
Luka Modrić – Real Madrid (Croatia)
Cristiano Ronaldo – Real Madrid (Portugal)
Luis Suarez – FC Barcelona (Uruguay)
Leo Messi – FC Barcelona (Argentina)

*Sumber Foto: FB Rasmi FIFA Football Award

Media Selangor Mobile App

Membawakan kepada anda berita terkini daripada Selangorkini, aplikasi mudah alih Media Selangor membekalkan kepada anda sumber yang dipercayai untuk liputan berita yang pantas di mana sahaja dan pada bila bila masa


Smiley face Smiley face


Kongsikan ini :

BERITA BERKAITAN

Prev
Next