Selangorkini
BERITA UTAMA SELANGOR

Azmin: FAS main politik lapuk

OLEH LIZAWATI MADFA

SHAH ALAM, 16 JAN: Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS) dilihat sengaja bermain politik berhubung kemelut yang sedang melanda mereka, kata Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali.

Beliau berkata, FAS juga sengaja mempolitikkan peletakan jawatannya sebagai presiden persatuan itu sebelum ini.

“Itu semua permainan politik lapuk Rosman,” katanya, di sini, baru-baru ini.

MB Pulau Indah (1)Beliau berkata demikian bagi mengulas dakwaan Setiausaha Agung FAS, Rosman Ibrahim kononnya persatuan berkenaan tidak menerima lagi surat peletakan Mohamed Azmin sehingga kini.

Rosman juga mendesak Kerajaan Negeri melangsaikan tunggakan bayaran kepada pemain sehingga November 2016.

Mohamed Azmin berkata, FAS seharusnya menguruskan kewangan mereka dengan lebih bijak bukan mengharapkan Kerajaan Negeri semata-mata.

“Kerajaan Negeri sudah mengeluarkan kenyataan berhubung isu itu, boleh rujuk kembali kepada kenyataan dan ia melibatkan banyak isu.

“FAS juga melakukan pemerdagangan pemain dan peroleh lebih RM2 juta, mana duit itu?” katanya.

Sebelum ini, bekas Pengurus Pasukan, Amirudin Shari dalam kenyataannya mendakwa FAS sebenarnya mampu membayar gaji dan bonus pemain Selangor.

Katanya, FAS memperoleh lebih kurang RM2.5 juta selepas menjual beberapa pemain kepada negeri dan kelab bola sepak lain.

-NFN-


Pengarang :