Selangorkini
BERITA UTAMA NASIONAL

Azmin: Tak mahu raih undi dengan sogokan

OLEH LIZAWATI MADFA

SHAH ALAM, 16 JAN: Timbalan Presiden KEADILAN, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali bertegas bahawa program Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BRIM) tidak akan diteruskan sekiranya pembangkang mengambil alih Putrajaya.

Beliau yang juga Dato’ Menteri Besar berkata, program ciptaan Perdana Menteri, Dato’ Seri Najib Razak itu jelas berbentuk sogokan dan rasuah terhadap rakyat bagi meraih undi.

“BRIM itu rasuah, takkan saya mahu meneruskan perbuatan rasuah yang ternyata salah,” katanya.

Himpunan Bulanan SUK (5)Beliau berkata demikian bagi mengulas pandangannya sama ada BRIM wajar diteruskan atau tidak jika pembangkang memenangi Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.

Sebelum ini, media melaporkan Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Tun Dr Mahathir Mohamad memberi bayangan BRIM bakal dikekalkan.

Mengulas kenyataan berkenaan, Mohamed Azmin berkata, kenyataan bekas perdana menteri keempat itu mengenai kelangsungan BRIM adalah bersyarat.

“Mengapa media tidak melaporkan bahawa Tun M memaksudkan sekiranya diperlukan dan dilihat penting buat rakyat, maka BRIM perlu diselenggara dengan lebih telus menerusi institusi bukan diuruskan orang politik.

“Beliau juga bertegas, BRIM tidak boleh dimasukkan ke dalam mana-mana manifesto parti politik campuran dan ini sangat jelas,” katanya.

-NFN-


Pengarang :