Banjir di Selatan Thailand terburuk dalam 50 tahun | Selangorkini


Banjir di Selatan Thailand terburuk dalam 50 tahun

BANGKOK 8 JAN: Banjir di Thailand meragut 12 nyawa serta menyebabkan 744,422 penduduk terpaksa meninggalkan kediaman masing-masing.

Nakorn Si Thammarat adalah antara 10 wilayah di selatan Thailand yang teruk terjejas oleh banjir dan setakat ini.

Sementara itu pihak berkuasa mengingatkan mereka yang tinggal berdekatan zoo itu supaya berhati-hati kerana ada kemungkinan haiwan liar lain di zoo itu juga terlepas akibat banjir.


Bahaya daripada buaya yang terlepas menjadi heboh apabila media tempatan ternampak reptilia itu berenang di kawasan sekitar zoo berkenaan ketika mereka merakam gambar dari udara hari ini.

Zoo Thalad mempunyai lebih kurang 10 buaya, sesetengahnya berukuran lebih lima meter panjang, di samping haiwan lain.

Hujan lebat sejak 1 Januari hingga hari ini menyebabkan banjir kilat melanda banyak kawasan di selatan Thailand dan memaksa sebuah lapangan terbang di Nakhon Si Thammarat ditutup.

Berikutan itu, 26 penerbangan dibatalkan dan beratus-ratus penumpang terkandas. Lapangan terbang itu masih ditutup hingga kini.

Gabenor Nakhon Si Thammarat, Chamren Thipyapongtada menyifatkan banjir kali ini adalah yang paling buruk di wilayah berkenaan dalam tempoh lebih 50 tahun.

Banjir teruk itu turut mengganggu perkhidmatan kereta api dan bas ke selatan Thailand apabila sesetengah bahagian lebuh raya dan landasan kereta api dinaiki air.

=EZY=

Media Selangor Mobile App

Membawakan kepada anda berita terkini daripada Selangorkini, aplikasi mudah alih Media Selangor membekalkan kepada anda sumber yang dipercayai untuk liputan berita yang pantas di mana sahaja dan pada bila bila masa


Smiley face Smiley face


Kongsikan ini :

About the contributor

Norway

Editor

Mohd Ezli Mashut


Norway    Norway   Norway   Norway  

BERITA BERKAITAN

Prev
Next