Banjir: Mangsa dipindah di Terengganu meningkat kepada 3,469 | Selangorkini


Banjir: Mangsa dipindah di Terengganu meningkat kepada 3,469

KUALA TERENGGANU, 3 JAN: Bilangan mangsa banjir di Terengganu terus mencatat peningkatan kepada 3,469 orang setakat jam 5.30 petang ini berbanding 1,712 orang tengah hari tadi.

Menurut Jabatan Kebajikan Masyarakat menerusi aplikasi Infobanjir, kesemua mangsa banjir ditempatkan di 63 buah pusat pemindahan di enam daerah yang terjejas banjir.

“Daerah Besut yang sebelum ini telah ditutup pusat pemindahannya kini mempunyai bilangan mangsa banjir paling ramai iaitu 1,469 orang yang ditempatkan di tujuh pusat pemindahan.


“Ini diikuti daerah Hulu Terengganu (1,251 mangsa), Setiu (443 mangsa), Kemaman (176 mangsa), Dungun (100 mangsa) dan Marang (30 mangsa),” menurut portal itu.

=EZY=

About the author

BERITA BERKAITAN

Prev
Next