Selangorkini
BERITA UTAMA SELANGOR

Banjir Selangor: 407 mangsa banjir di Sabak Bernam pagi ini

SHAH ALAM, 25 JAN: Jumlah mangsa banjir di daerah Sabak Bernam dekat sini meningkat kepada 407 orang setakat jam 8 pagi ini berbanding 246 malam tadi.

Jurucakap Unit Pengurusan Bencana Negeri Selangor berkata sejumlah 163 mangsa daripada 46 keluarga ditempatkan di pusat pemindahan Dewan Sri Bernam manakala 161 orang daripada 49 keluarga berada di Dewan Parit Baru.

Dewan Sri Nakhoda yang dibuka jam 2 petang semalam, turut mencatat pertambahan jumlah mangsa sejak malam tadi dengan 83 orang daripada sembilan keluarga.

Sementara itu Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali dijadualkan melawat dan menyantuni mangsa banjir di Pusat Pemindahan Dewan Parit Baru di sini hari ini.

=EZY=


Pengarang :