Selangorkini
PBT SELANGOR

Bawah jambatan di Pesiaran Tujuan diperindah mural

SUBANG JAYA 25 JAN: Sempena sambutan ulang tahun MPSJ yang ke-20, Jabatan Korporat dan Pengurusan Strategik mengambil inisiatif mengindahkan dan penambahbaikan di bawah jambatan terletak di Persiaran Tujuan melalui projek pengindahan lukisan mural, tanda nama kawasan dan landskap.

MPSJ dalam satu kenyataan berkata lokasi jambatan itu merupakan laluan utama masuk ke Subang Jaya dan amat strategik bagi tujuan komersial dan penjenamaan perbandaran.
Katanya, projek pengindahan mural tersebut melibatkan lukisan mural pada dinding bawah jambatan yang berkonsepkan moto MPSJ iaitu ‘a place to live, learn, play and work’.

Selain bertujuan bagi pengindahan, inisiatif ini juga dilihat mendatangkan nilai komersial kepada MPSJ disamping platform bagi memperkenalkan kawasan MPSJ secara kreatif kepada pengujung luar dan pemandu yang menggunakan laluan utama ini masuk ke dalam kawasan Subang Jaya.

Usaha ini turut mendapat sokongan dan kolaborasi organisasi lain apabila pihak The One Academy, Subang Jaya menyumbang kepada idea kreatif visual dan pihak ICI Paints (M) Sdn Bhd turut menyumbang kepada cat diperlukan dengan nilaian keseluruhan usahasama adalah RM24,060.00.

Pemasangan papan tanda itu dilaksanakan di kawasan lain secara berperingkat bagi memberi impak lebih berkesan bagi menonjolkan lagi imej Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) sebagai perbandaran vibran.

=EZY=


Pengarang :