Selangorkini
NASIONAL

Bekas Menteri Pertanian meninggal dunia

SHAH ALAM, 19 JAN: Bekas Menteri Perusahaan Utama dan Menteri Pertanian, Datuk Abdul Manan Othman, 81, meninggal dunia ekoran jangkitan paru-paru ketika menerima rawatan di Hospital Gleneagles, Ampang, pada jam 7.12 malam tadi.

Anak sulung Allahyarham, Nadzrin, 53, berkata bapanya dimasukkan ke hospital itu selepas tidak sedarkan diri sejak Isnin lepas.

Bercakap kepada Bernama ketika ditemui di kediamannya di Desa Sri Hartamas, Nadzrin berkata, jenazah bapanya akan disembahyangkan di Masjid Bukit Damansara sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara, pada jam 10 pagi ini.

Allahyarham yang merupakan menteri pertanian pada 1980 hingga 1984, sebelum itu pernah bertugas sebagai timbalan menteri perusahaan awam, timbalan menteri perdagangan dan industri.

Allahyarham meninggalkan isteri Nora Abu Hassan, 78, tiga anak dan lapan cucu.

-BERNAMA


Pengarang :

Related posts

Najib sila sahut cabaran, dedah siapa salur RM2.6 bilion

16.2% responden di KL akui keadaan kewangan merosot

Azmin: Manifesto PPBM selaras gagasan reformasi

Nurul Farina Nazlan