Belanjawan dipotong apa nasib IPTA sekarang? | Selangorkini


Belanjawan dipotong apa nasib IPTA sekarang?

OLEH SYAZWANI SUFIAN

SHAH ALAM, 11 JAN: Nasib pendidikan tinggi dan kebajikan kesihatan negara membimbangkan apabila Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dilihat mengabaikan kebajikan rakyat dengan memotong peruntukan belanjawan bagi tahun ini.

Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar mempersoalkan kredibiliti Najib sebagai Perdana Menteri apabila Universiti Malaya (UM) terpaksa menanggung potongan hampir 60 peratus belanjawan kajian dan pembangunan.


“Potongan ini mengakibatkan penjawat awam UM melahirkan kenyataan bahawa mustahil buat mereka mengekalkan kecemerlangan penyelidikan apabila belanjawan dipotong. Bayangkan sahaja apabila RM100 juta belanjawan untuk 2015 dipotong ke RM40 juta pada 2016.

“Nasib Universiti Malaya berlatar belakangkan belanjawan universiti Malaysia yang hampir kesemuanya dipotong secara keterlaluan.
“Universiti Malaya yang diperuntukkan RM638.1 juta bagi 2015, dikurangkan peruntukannya sebanyak 27 peratus kepada RM463.9 juta pada 2016, selaras dengan potongan 40 peratus untuk penyelidikan tahun lepas,” katanya dalam kenyataan.

Nurul  Izzah berkata, kini peruntukan keseluruhan Universiti Malaya hanya bernilai RM370 juta bagi 2017, iaitu 20 peratus kurang dari peruntukan pada 2016, dan 42 peratus kurang dari peruntukan pada 2015.

Lebih malang lagi, buat universiti lainnya seperti Universiti Malaya yang mempunyai hospital pengajar (teaching hospital) seperti Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM).

“Tanpa pelan jangka masa panjang bersifat berkala dan mapan, universiti tidak wajar dibebankan dasar kementerian menjana pendapatan dan menanggung urusan teknikal hanya kerana kegagalan kerajaan dalam menguruskan kewangan negara.
“Lebih malang kesemua pelajar jurusan perubatan dan hospital terkait turut terkesan akibat pemotongan ke atas universiti.

Pesakit terpaksa dikenakan caj tinggi apabila hospital tidak lagi mampu menampal kemerosotan dana dalam rawatan dan ubat-ubatan,” katanya.

=EZY=

Media Selangor Mobile App

Membawakan kepada anda berita terkini daripada Selangorkini, aplikasi mudah alih Media Selangor membekalkan kepada anda sumber yang dipercayai untuk liputan berita yang pantas di mana sahaja dan pada bila bila masa


Smiley face Smiley face


Kongsikan ini :

About the contributor

Norway

Editor

Mohd Ezli Mashut


Norway    Norway   Norway   Norway  

BERITA BERKAITAN

Prev
Next