Selangorkini
SELANGOR

Beri tumpuan isu kutipan sisa pepejal

OLEH LIZAWATI MADFA

SHAH ALAM, 18 JAN: Isu pembuangan sisa pepejal di setiap pihak berkuasa tempatan (PBT) harus diberi keutamaan pada tahun ini, kata Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Mohd Amin Ahmad Ahya.

Beliau berkata, ia penting bagi memastikan kecemerlangan prestasi Kerajaan Negeri yang mengambil peduli setiap masalah dan kesejahteraan rakyat.

“Isu yang dipantau secara terus Dato’ Menteri Besar ini masih belum menunjukkan peningkatan memuaskan.

“Malah, masih banyak lagi aduan disampaikan rakyat terus kepada beliau mengenai sistem pembuangan sisa pepejal yang tidak terurus.

“Maka, perkara ini adalah salah satu cabaran yang perlu diberi penumpuan khusus sepanjang 2017,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ucapan aluan di Majlis Perhimpunan Bulanan di Bangunan Kerajaan Negeri (SUK) di sini, pada 16 Januari lalu.

Majlis disempurnakan Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali dan dihadiri lebih 2,000 penjawat awam.

=EZY=


Pengarang :