BMI Research: Prestasi ringgit diramal terus menurun | Selangorkini


BMI Research: Prestasi ringgit diramal terus menurun

SHAH ALAM 8 JAN: BMI Research yang merupakan anak syarikat Fitch Ratings melaporkan Ringgit Malaysia (RM) dijangka menurun lagi selepas

menunjukkan prestasi tidak memberangsangkan di kalangan matawang lain di rantau Asia sepanjang tahun lalu.

Laporan media antarabangsa BLOOMBERG pada 5 Januari lalu menyatakan salah satu punca kejatuhan itu ialah matawang tempatan sangat terkesan dengan sebarang pergerakan yuan yang diramal kekal di bawah tekanan menurun.


“Terdapat juga kemungkinan perbezaan sebenar kadar faedah antara Amerika Syarikat dan Malaysia yang semakin meruncing dengan Malaysia mungkin mengekalkan dasarnya manakala Rizab Persekutuan menaikkan kadar sejumlah 50 mata asas.

rm-blom“Kelemahan seterusnya dalam pasaran bon global juga akan meletakkan ringgit di bawah tekanan memandangkan kira-kira 40 peratus bon Malaysia dipegang oleh pelabur asing,” kata firma itu.

Ringgit menjunam ke paras terendah iaitu RM4.5002 berbanding dolar Amerika Syarikat sejak krisis kewangan Asia 1998.

Ringgit mencecah titik terendah pada nilai RM4.88 berbanding AS$1 pada bulan Januari 1998.

BMI Research berkata ringgit bagaimanapun mungkin dapat memulihkan kerugian dalam jangka masa panjang ekoran kenaikan harga komoditi seperti minyak dan lonjakan perdagangan.

“Kedudukan fiskal Malaysia yang agak positif Malaysia berbanding Amerika Syarikat juga mampu menjurus kepada tekanan inflasi yang rendah,” katanya.

=EZY=

Media Selangor Mobile App

Membawakan kepada anda berita terkini daripada Selangorkini, aplikasi mudah alih Media Selangor membekalkan kepada anda sumber yang dipercayai untuk liputan berita yang pantas di mana sahaja dan pada bila bila masa


Smiley face Smiley face


Kongsikan ini :

About the author

BERITA BERKAITAN

Prev
Next