COB PBT main peranan tangani isu penghuni pangsapuri | Selangorkini


About the contributor

Norway

Pengarang

Mohd Ezli Mashut

COB PBT main peranan tangani isu penghuni pangsapuri

OLEH HAFIZAN TAIB

PUCHONG, 17 JAN: Pesuruhjaya Bangunan (COB) Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) memainkan peranan penting dalam memastikan isu dihadapi penduduk di kawasan pangsapuri di Selangor, mampu diatasi dengan segera.

Ternyata COB berkemampuan menjalankan tanggungjawab berkenaan dengan sebahagian besar aduan diterima berjaya ditangani dengan berkesan dan diselesaikan.


Exco Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Kehidupan Bandar, Dato’ Iskandar Abdul Samad, berkata Kerajaan Negeri menghargai tugas serta sumbangan COB dalam membantu mengatasi masalah penduduk di pangsapuri.

“Lebih kurang 40 peratus penduduk Selangor tinggal di pangsapuri atau bangunan strata dengan kawalannya kita serahkan kepada COB di PBT.

“Tugas mereka amat penting dengan bertugas tanpa mengira waktu, bagaikan wakil rakyat mendampingi penduduk mengadu pelbagai masalah yang berlaku dan semua mereka selesaikan.

“Kita mempunyai banyak program bagi membantu COB yang mana kalau dilihat ada banyak isu diwarisi daripada dahulu dan akan berusaha menyelesaikannya,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas Majlis Malam Apresiasi Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor (LPHS)/COB di sini, semalam.

Berhubung perkara itu, katanya, ia adalah majlis meraikan COB yang selama ini bekerja keras menjalankan tanggungjawab demi memenuhi keperluan penduduk pangsapuri.

“Saya amat berterima kasih kepada mereka. “Ini antara program kita lakukan bagi menghargai sumbangan mereka,” katanya.

=EZY=

Media Selangor Mobile App

Membawakan kepada anda berita terkini daripada Selangorkini, aplikasi mudah alih Media Selangor membekalkan kepada anda sumber yang dipercayai untuk liputan berita yang pantas di mana sahaja dan pada bila bila masa


Smiley face Smiley face


Kongsikan ini :

BERITA BERKAITAN

Prev
Next