Selangorkini
SELANGOR

DUN Selat Klang rai masyarakat Tionghua

OLEH ERMIZI MUHAMAD

SELAT KLANG, 19 JAN: Sebanyak 400 kupon diagihkan kepada masyarakat Tionghua sempena Program Jom Shopping Tahun Baru Cina peringkat Dewan Undangan Negeri (DUN) Selat Klang.

Ahli Dewan Negeri (ADN) Selat Klang, Dr Halimah Ali berkata, program itu mensasarkan masyarakat Cina yang tidak berkemampuan dan berpendapatan rendah.

“Agihan pertama kupon diberikan kepada penduduk dari Pulau Ketam, Sungai Lima dan Bagan Hailam.

“Khidmat bas juga turut disediakan DUN Selat Klang kepada penerima bagi memudahkan urusan pengambilan kupon,” katanya dalam kenyataan.

Agihan kupon berkenaan diedarkan di Pasaraya Eco Mart, Jalan Yadi, pada 18 Januari lalu.

imageHalimah berkata, ia sebagai inisiatif dan bantuan kepada masyarakat Tionghua untuk menyambut perayaan Tahun Baru Cina, pada hujung Januari ini.

Program Jom Shopping juga adalah lanjutan daripada Skim Mesra Usia Emas (SMUE) yang dilancarkan pada Jun 2008.

-AA-


Pengarang :