Selangorkini
SELANGOR

DUN Taman Medan anjur taklimat Belanjawan Selangor

OLEH SYAZWANI SUFIAN

SHAH ALAM, 29 JAN: Pusat Khidmat DUN Taman Medan mengadakan Taklimat Belanjawan Selangor 2017 bagi memastikan pelaksanaan pengurusan kewangan ditakbir urus dengan lebih efisyen.

Ahli Dewan Negeri (ADN) Taman Medan, Haniza Talha berkata, taklimat itu diberikan kepada persatuan kuil, tokong, gudwara dan gereja bertujuan memberi manfaat dan maklumat lengkap tentang Belanjawan Selangor.

“Kerajan Negeri memperuntukkan RM21 juta untuk sekolah Agama Rakyat (SAR), Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) dan Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT).

“Selain itu peruntukan khas RM1 juta untuk usahawan belia India dan RM500,000 untuk komuniti Sikh bagi aktiviti keagamaan,” katanya dalam kenyataan.

Tambahnya lagi, setiap wakil rumah ibadat yang hadir dibekalkan dengan Buku Belanjawan 2017, Kalender 2017 dan brosur Inisiatif Peduli Rakyat DUN Taman Medan.

=EZY=


Pengarang :