Selangorkini
EKONOMI

Harga minyak dunia meningkat sedikit

NEW YORK 25 JAN: Harga minyak menokok pagi ini dengan peniaga menanti data inventori Amerika Syarikat (AS), lapor REUTERS.

Peningkatan penggerudian di AS, bagaimanapun, dijangka mengehadkan kenaikan harga.

Brent menokok 21 cent, atau 0.4 peratus, untuk ditutup pada AS$55.44 satu tong, manakala West Texas Intermediate naik 43 cent atau 0.8 peratus, kepada AS$53.18 satu tong.

Ini menjadikan harga WTI menokok untuk empat hari berturut-turut, kenaikan terpanjang sejak akhir Disember.

Pentadbiran Maklumat Tenaga (EIA) akan mengeluarkan data terkini pada 1530 GMT.

Menteri dari negara ahli OPEC dan pengeluar bukan OPEC Ahad lalu berkata hampir 1.8 juta tong sehari bersetuju dikurangkan bermula 1 Januari lalu, dan pengurangan 1.5 juta tong sehari direalisasikan setakat ini.

Pengeluaran Arab Saudi dijangka susut sekitar 9.9 juta tong sehari pada Januari, demikian menurut sumber industri dan data perkapalan.

Penganalisis menganggar simpanan minyak mentah AS meningkat sebanyak 2.8 juta tong pada minggu berakhir 20 Januari.

=EZY=


Pengarang :