Selangorkini
The HSBC headquarters in Istanbul are pictured on June 9, 2015. Scandal-hit bank HSBC said on June 9 it would cut its global headcount by up to 50,000 as part of a restructuring that entails its withdrawal from Brazil and Turkey, while it also mulls abandoning London as its HQ. AFP PHOTO/ OZAN KOSE (Photo credit should read OZAN KOSE/AFP/Getty Images)
EKONOMI GLOBAL

HSBC tutup 117 cawangan tahun ini

LONDON 25 JAN: HSBC bercadang menutup 117 cawangan tahun ini dan mengurangkan 380 pekerjaan di Britain bagi mengurangkan kos.

Agensi Berita Antarabangsa REUTERS melaporkan bank itu berkata, kira-kira 180 pekerjaan ditamatkan pada pusingan akhir pengurangan cawangan, menandakan tamatkan program penstrukturan bank itu di Britain.

Dalam kenyataan berasingan, bank itu berkata ia mengurangkan 200 pekerjaan lagi berkaitan teknologi maklumat, berikutan segmen itu dipindahkan ke India, China dan Poland, yang mana kosnya lebih murah.

Pengurangan pekerjaan itu menyebabkan kesatuan pekerja marah.

“Hari ini adalah hari gelap bagi ratusan kakitangan HSBC,” kata pegawai kesatuan pekerja Unite, Dominic Hook.

“Unite bimbang program penutupan cawangan ini akan membinasakan bukan saja kepada kakitangan tetapi juga pelanggan setia HSBC.”

HSBC berkata, jumlah pelanggan menggunakan cawangan bagi transaksi susut ketara sebanyak 40 peratus dalam tempoh lima tahun lalu, sementara jumlah transaksi digital meningkat.

Sementara bank berhujah keperluan untuk mengekalkan rangkaian cawangan meluas tidak lagi relevan hari ini, pengkritik berkata cawangan tempatan menyediakan perkhidmatan penting dan warga emas dan mereka yang berpendapatan rendah menerima kesan terbesar daripada penutupan itu.

HSBC menutup cawangan lebih pantas berbanding bank utama British yang lain, dengan 321 penutupan sejak 2015, mewakili kira-kira suku daripada rangkaiannya, demikian menurut kaji selidik badan pengguna terbesar di Britain, Which?, yang diterbitkan bulan lalu.

=EZY=


Pengarang :