Selangorkini
EKONOMI

IHP Malaysia 2016 naik 1.8% berbanding 2015

SHAH ALAM 18 JAN: Indeks Harga Pengguna (IHP) keseluruhan meningkat sebanyak 1.8 peratus pada bulan Disember 2016 kepada 116.9 daripada 114.8 pada bulan yang sama tahun lepas.

Jabatan Perangkaan Malaysia dalam kenyataan hari ini menyatakan peningkatan indeks bagi kumpulan Makanan dan Minuman Bukan Alkohol (+3.7 peratus) dan Perumahan, Air, Elektrik, Gas & Bahan Api Lain (+2.1 peratus).

Ia diimbangi dengan penurunan indeks bagi kumpulan Komunikasi sebanyak 2.6 peratus, Pengangkutan (-0.6 peratus) dan Pakaian & Kasut (-0.5 peratus)

Kumpulan utama lain yang menyumbang kepada peningkatan IHP dalam tempoh tersebut ialah Minuman Alkohol dan Tembakau (+17.2 peratus); Pelbagai Barangan dan Perkhidmatan (+2.9 peratus); Restoran dan Hotel (+2.8 peratus) dan Kesihatan (+2.7 peratus).

Indeks Harga PenggunaPeningkatan itu, bagaimanapun, sebahagiannya diimbangi kumpulan Pengangkutan yang mencatatkan penurunan sebanyak 4.6 peratus disebabkan harga rendah bagi petrol.

Pada Disember, IHP meningkat sebanyak 1.8 peratus, susulan peningkatan indeks sebanyak 3.7 peratus bagi kumpulan Makanan dan Minuman Bukan Alkohol serta Perumahan, Air, Elektrik, Gas dan Bahan Api Lain (+2.1 peratus).

Bagaimanapun, indeks kumpulan Pengangkutan menunjukkan penurunan yang lebih kecil iaitu 0.6 peratus berbanding bulan yang sama pada tahun lepas, menurut jabatan itu.

Katanya penurunan dalam kumpulan Pengangkutan disebabkan penurunan yang berterusan sebanyak 1.5 peratus dan 5.5 peratus, masing-masing pada November dan Oktober 2016.

Harga purata seliter petrol RON95 adalah RM1.90 pada Disember 2016, susut daripada RM1.95 pada Disember 2015, manakala harga petrol RON97 merosot kepada RM2.25 pada Disember 2016 berbanding RM2.30 pada bulan sama tahun lepas.

=EZY=


Pengarang :