Selangorkini
BERITA UTAMA NASIONAL

Indeks Persepsi Rasuah 2016: Malaysia di kedudukan ke-55

SHAH ALAM 25 JAN: Malaysia diletakkan dalam kedudukan ke-55 dengan 49 mata dalam senarai Transparency International’s 2016 Corruption Perceptions Index yang dikeluarkan hari ini.

Negara dunia ketiga Rwanda pada kedudukan 50, dan Namibia pada kedudukan 53, manakala Israel pada kedudukan 28.

Di peringkat ASEAN, Malaysia berada jauh di belakang berbanding Singapura yang berada pada kedudukan ke-7 dan Brunei.

Badan pemantau itu menggunakan data diperolehi dari pelbagai institusi termasuk Bank Dunia, African Development Bank dan pelbagai lagi untuk melengkapkan senarai itu.

Pemarkahan bermula dari kosong yang dikelaskan sangat rasuah sehingga 100 yang bermakna sangat bersih.

INDEKS

Senarai 10 teratas : (Terbersih)

1. New Zealand 90 mata = Denmark 90 mata

3. Finland 89

4. Sweden 88

5. Switzerland 86

6. Norway 85

7. Singapore 84

8. Netherlands 83

9. Canada 82

10. Germany 81 = Luxembourg 81 = United Kingdom 81
10 Senarai Pertengahan

18. United States 74

20. Japan 72

23. France 69

57. Hungary 48 = Romania 48

75. Turkey 41

79. Brazil 40 = China 40 = India 40

131. Russia 29
10 Senarai Terkebawah

166. Venezuela 17 = Iraq 17

169. Afghanistan 15

170. Libya 14 = Yemen 14 = Sudan 14

173. Syria 13

174. North Korea 12

175. South Sudan 11

176. Somalia 10.

=EZY=


Pengarang :