Selangorkini
PENDIDIKAN

INPENS diiktiraf sebagai pusat latihan bertauliah Sektor Penyejuk Bekuan

OLEH SYAZWANI SUFIAN

SHAH ALAM, 29 JAN: INPENS International College (INPENS) dilantik sebagai Pusat Latihan Bertauliah bagi dan Penyamanan Udara dalam satu perjanjian bersama Jabatan Alam Sekitar (JAS).

Dalam satu kenyataan, INPENS diberikan kepercayaan melaksanakan Program Persijilan Juruteknik bertauliah Certification of Service Technician (CSTP) kepada dua golongan sasaran iaitu pelajar kemahiran dan pekerja industri.

Sementara itu Penolong Pegawai Kawalan JAS, Mohamed Fauzi Abdul Aziz berkata, lantikan itu dibuat berdasarkan komitmen dan kepakaran INPENS dalam melatih pelajar kemahiran.

“Ia untuk memastikan teknologi penyejuk bekuan dan penyamanan udara diamalkan di Malaysia mampu melindungi alam sekitar.

“Kerana penipisan ozon merupakan ancaman besar kepada alam sekitar dan sangat berbahaya kepada generasi akan datang jika tidak ditangani pada masa ini,” katanya.

Dalam masa sama, JAS turut menyerahkan dua set mesin Recovery & Recyling (R&R) kepada INPENS bertujuan bagi menjayakan Projek Pelan Pengurusan Penghapusan.

Difahamkan projek itu merupakan sebahagian daripada proses penghapusan penggunaan Hidroklorofluorokarbon (HCFC) iaitu gas digunakan di dalam alat penyamanan udara yang menjadi kepada fakor penipisan ozon.

=EZY=


Pengarang :