Jom jayakan ‘Shah Alam Tanpa Kenderaan’ 22 Jan ini | Selangorkini


Jom jayakan ‘Shah Alam Tanpa Kenderaan’ 22 Jan ini

OLEH ERMIZI MUHAMAD

SHAH ALAM, 9 JAN : Usaha menjadikan Shah Alam sebagai perbandaran hijau seiring hasrat Kerajaan Negeri diperkukuh menerusi inisiatif ‘Shah Alam Hari Tanpa Kenderaan’, 22 Januari ini.

Program anjuran Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), yang disokong sepenuhnya Kerajaan Negeri itu dilaksanakan sebagai usaha melestarikan perbandaran Shah Alam.


Pelaksanaan program tersebut juga dibuat selaras hasrat Kerajaan Negeri mengurangkan penggunaan karbon secara holistik.

satk-1Antara jalan terlibat termasuklah di Persiaran Perbandaran, Persiaran Tasik, Persiaran Masjid, Persiaran Dato’ Menteri dan Persiaran Damai.

Dalam pada itu, penganjuran program ini turut memberikan peluang kepada masyarakat awam untuk melakukan aktiviti riadah tanpa gangguan lalu lintas.

Ini termasuklah aktiviti berbasikal santai, rollerblade, papan luncur, hover board, jalan kaki dan skutter blade.

Aktiviti seumpama itu diyakini mampu mengubah suasana kesesakan aliran trafik dengan aktiviti riadah yang memberikan manfaat berkesan kepada umum.

-nR-

Media Selangor Mobile App

Membawakan kepada anda berita terkini daripada Selangorkini, aplikasi mudah alih Media Selangor membekalkan kepada anda sumber yang dipercayai untuk liputan berita yang pantas di mana sahaja dan pada bila bila masa


Smiley face Smiley face


Kongsikan ini :

About the contributor

Norway

Editor

Naeem Raffi


Norway    Norway   Norway   Norway  

BERITA BERKAITAN

Prev
Next