Selangorkini
NASIONAL

Jumlah mangsa banjir di Johor menurun

JOHOR BAHRU 28 JAN: Jumlah mangsa banjir di Johor terus menurun apabila 4,301 orang daripada 1,137 keluarga ditempatkan di 55 pusat pemindahan sementara, berbanding 4,834 mangsa dipindahkan malam tadi.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar negeri, Datuk Ayub Rahmat, berkata jumlah mangsa di daerah Segamat juga semakin menurun apabila 2,403 orang daripada 621 keluarga ditempatkan di 621 pusat pemindahan setakat jam 6 pagi ini.

Katanya, di Tangkak seramai 1,473 mangsa daripada 397 keluarga ditempatkan di 11 pusat pemindahan.

“Di daerah Kluang pula, tiada sebarang perubahan dengan sembilan orang daripada tiga keluarga masih ditempatkan di satu pusat pemindahan.

“Seramai 416 mangsa daripada 116 keluarga pula ditempatkan di enam pusat pemindahan di daerah Muar,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Ayub berkata, Jalan Pogoh -Tekam, Jalan Kuala Paya – Balai Badang, Tumang Batu Anam – Kawasan Ladang dan di Segamat masih ditutup kepada semua kenderaan.

Selain itu katanya, Jalan Muar – Labis di Kilometer 61, Jalan Pagoh Terkam dan Jalan Renang Gombang-Liang Batu di Muar juga masih tutup.

=EZY=


Pengarang :