Selangorkini
PBT SELANGOR

KDEBWM kutip sampah pukal bermula Mac 2017

OLEH AFIX REDZUAN

KLANG, 25 JAN: Majlis Perbandaran Klang (MPK) menyerahkan tanggungjawab kutipan sampah pukal dan kerja pemotongan pokok kepada Syarikat KDEB Waste Management Sdn Bhd (KDEBWM) secara berperingkat hingga penghujung 2018.

Yang Dipertua MPK, Dato’ Mohamad Yasid Bidin berkata, penyerahan secara berperingkat itu akan dibuat bermula Mac ini sejurus kontrak kontraktor tamat.

“Pada bulan Jun ini akan ada lagi pertukaran sehingga semua kerja-kerja pembersihan akan diambil alih sepenuhnya oleh KDEBWM,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita dalam sesi sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Penuh MPK BIL.1/2017 di Hotel Aliya.

Menurutnya, untuk peringkat awal MPK menyerahkan 20 daripada 111 Zon sampah pukal termasuk kawasan strata.

KDEBWM sebelum ini diberikan tanggungjawab melaksanakan kerja kutipan sampah domestik sejak 1 Julai 2016.

Command Centre boleh dihubungi menerusi talian 019-2742824 (talian Whatsapp), 019-375 9592, 019-375 3980, talian bebas toll STARS di 1-800-88-2824 atau menerusi Emel di alamat iclean@kdebwm.com.

=EZY=


Pengarang :