KEADILAN kecewa 11 “billboard” diroboh | Selangorkini


KEADILAN kecewa 11 “billboard” diroboh

OLEH ZULKEIFLY SAAD

Keadilan Pulau Pinang kecewa dengan tindakan tidak profesional pihak berkuasa apabila mereka merobohkan 11 “billboard” Solidariti Bersama Anwar Ibrahim sekitar Pulau Pinang sempena kes beliau di Mahkamah Georgtown Pulau Pinang pada 9 januari 2017.

Sebelum ini sudah ada kejadian sebegini, namun atas nasihat pihak berkuasa, pihak Keadilan Pulau Pinang sudah mengikut kehendak dan kemahuan pihak berkuasa.


Pihak berkuasa sepatutnya bertindak berlandaskan undang-undang, bukan menjadi alat kebencian pemerintah iaitu UMNO BN terhadap musuh politik mereka. Hal ini juga menunjukkan betapa polis masih gagal memahami hak kebebasan bersuara dan berekspresi setiap rakyat.

Tindakan ini menunjukkan dan membuktikan bahawa Anwar Ibrahim masih digeruni dan menjadi faktor penting terhadap politik negara.

Keadilan Pulau Pinang percaya tindakan tidak bertamadun ini hanya akan menimbulkan rasa jelek rakyat terhadap UMNO BN dan pihak berkuasa yang sanggup menjadi alat politik.

Keadilan Pulau Pinang percaya rakyat tidak akan tunduk kepada intimidasi ini. Rakyat Malaysia sudah cukup terdedah dan terdidik dengan gaya politik UMNO BN

Apa yang berlaku ini hanya akan memperkukuh sokongan rakyat terhadap PH, sekaligus mempercepat pereputan UMNO BN.

Justeru, pihak Keadilan Pulau Pinang menyeru rakyat untuk terus berani dan bersolidariti dalam himpunan “Solidariti Bersama Anwar Ibrahim” di hadapan mahkamah tinggi Georgetown Pulau Pinang pada 9 januari 2017, iaitu pada hari isnin jam 8.30 pagi
* Zulkiefly Saad adalah Setiausaha Majlis Pimpinan Negeri Keadilan Pulau Pinang

About the author

BERITA BERKAITAN

Prev
Next