Selangorkini
BERITA UTAMA NASIONAL

KEADILAN Sarawak bakal bincang PRK DUN Tanjung Datu

OLEH AFIX REDZUAN

PELABUHAN KLANG, 15 JAN: Timbalan Presiden KEADILAN, Dato’ Seri Mohamed Azmin memaklumkan segala keputusan dan persedian menghadapi Pilihan Raya Kecil (PRK) N03 DUN Tanjung Datu hanya akan diputuskan Majlis Pimpinan Negeri Sarawak.

azmin-parlimenMohamed Azmin berkata, perbincangan itu akan dibuat dalam masa terdekat.

“Itu akan diputuskan kemudian oleh Majlis Pimpinan Negeri Sarawak,” katannya ketika diminta mengulas mengenai persediaan KEADILAN menghadapi PRK DUN Tanjung Datu.

Kerusi Tanjung Datu kosong apabila penyandangnya yang juga bekas Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Adenan Satem meninggal dunia akibat komplikasi jantung, pada 11 Januari lalu.

Namun, pemakluman rasmi berhubung kekosongan itu hanya akan dibuat selepas tempoh berkabung selama tujuh hari berakhir, pada 18 Januari ini.

Pada Pilihan Raya Negeri Sarawak ke-11 (PRN-11), Adenan berjaya mempertahankan kerusi yang dimenangi sejak 2006 dengan majoriti 5,892 undi menewaskan calon KEADILAN, Jazolkipli Numan.

-NFN-


Pengarang :