Selangorkini
KENYATAAN MEDIA

KEADILAN ucap takziah pemergian Allahyarham Kamarol Zaki

OLEH : SHUHAIMI SHAFIEI

KEADILAN Selangor dikejutkan dengan berita kembalinya ke rahmatullah Ahli Dewan Negeri (ADN) Sungai Air Tawar pagi tadi.

Bagi pihak Majlis Pimpinan Negeri KEADILAN Selangor, saya merakamkan ucapan takziah dan kami berkongsi rasa dukacita dengan kaum keluarga serta penduduk yang di wakili oleh Allahyarham Kamarol Zaki bin Abdul Malik.

Sepanjang mengenalinya, beliau seorang wakil rakyat yang di senangi semasa di dalam dan di luar persidangan Dewan Negeri. Sikapnya yang mesra kepada semua pihak meninggalkan kenangan indah buat semua pimpinan politik di Selangor.

Mewakili KEADILAN Selangor saya mendoakan semoga Allahyarham ditempatkan dalam kalangan hambaNya yang solleh, beriman dan di terima segala bentuk amalan kebaikannya oleh Allah SWT.

* Shuhaimi Shafiei adalah  Ketua Penerangan KEADILAN Selangor / ADN Sri Muda


Pengarang :