Keputusan SMA Selangor meningkat 1.9% | Selangorkini


About the contributor

Norway

Pengarang

Nurul Farina Nazlan

Keputusan SMA Selangor meningkat 1.9%

OLEH AFIX REDZUAN

SABAK BERNAM, 19 JAN: Keputusan Peperiksaan Sijil Menengah Agama (SMA) Selangor 2016 menyaksikan peningkatan 1.9 peratus dengan pencapaian 92.2 peratus cemerlang, berbanding 90.3 peratus pada 2015.

Pencapaian cemerlang direkodkan bagi kategori SMA Sekolah Agama Menengah Negeri Selangor dengan kelulusan 96.1 peratus meningkat 1.7 peratus, berbanding 94.4 peratus, pada 2015.


Kelulusan SMA Sekolah Menengah Agama Wilayah Persekutuan (MAIWP) pula meningkat daripada 98.5 peratus kepada 100 peratus bagi tahun 2016, manakala SMA Sekolah Menengah Islam Persendirian turut mencatatkan peningkatan keputusan kepada 72.4 peratus.

Keputusan itu diumumkan Sohibus Saadah Pengarah Jabatan Agama Islam Negeri Selangor (JAIS), Dato’ Haris Kasim pada majlis Pengisytiharan Keputusan Peperiksaan Sijil Menengah Agama (SMA), Sijil Menengah Agama Tahfiz Al-Quran (SMATQ) dan Sijil Menengah Agama Turath dan Dakwah (SMATD) Negeri Selangor 2016 di Maahad Integrasi Tahfiz Selangor Sabak Bernam.

Secara keseluruhan, seramai 3,718 calon yang menduduki peperiksaan dengan peningkatan 133 calon, pada 2016.

Hadiah disampaikan Exco Hal Ehwal Agama, Jawatankuasa Adat Melayu, Pembangunan Desa dan Kampung Tradisi, Dato’ Dr Ahmad Yunus Hairi.

Buat julung kalinya, 18 calon menduduki peperiksaan Sijil Menengah Agama Turath dan Dakwah (SMATD) yang dijalankan di Maahad Integrasi Tahfiz Selangor Sabak Bernam dengan keputusan memberangsangkan lulus 100 peratus.

-NFN-

Media Selangor Mobile App

Membawakan kepada anda berita terkini daripada Selangorkini, aplikasi mudah alih Media Selangor membekalkan kepada anda sumber yang dipercayai untuk liputan berita yang pantas di mana sahaja dan pada bila bila masa


Smiley face Smiley face


Kongsikan ini :

BERITA BERKAITAN

Prev
Next