Selangorkini
NASIONAL

KM Pulau Pinang umum kecualikan cukai pintu, serap GST

GEORGE TOWN, 28 JAN: Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng mengumumkan pengecualian cukai pintu kepada pemilik rumah kos rendah, rumah sederhana rendah dan rumah kampung serta penyerapan enam peratus cukai barangan dan perkhidmatan (GST).

Katanya, pengecualian cukai yang bakal ditanggung Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) dan Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) dan melibatkan penyerapan kos hampir RM55.19 juta itu adalah bukti bahawa kerajaan negeri amat prihatin dengan bebanan yang ditanggung rakyat.

“Kami (kerajaan Pakatan Harapan) tahu bahawa ekonomi di tahap yang teruk, rakyat sengsara akibat skandal RM52 bilion 1MDB. Nilai matawang jatuh. Kerajaan Persekutuan tidak ada duit dan terpaksa melaksanakan GST yang membebankan rakyat Malaysia,” katanya lapor Roketkini.

Katanya, langkah ini adalah berbeza dengan Kerajaan UMNO-Barisan Nasional yang memungut enam peratus cukai daripada rakyat tanpa memikirkan kesan yang terpaksa ditanggung mereka.

=EZY=


Pengarang :