Selangorkini
BERITA UTAMA NASIONAL

Krisis Umno: Hishamuddin mahu jatuhkan Zahid Hamidi?

OLEH ERMIZI MUHAMAD

SHAH ALAM, 26 JAN: Penganalisis Politik, Mohd Sayuti Omar tidak menolak kemungkinan wujudnya gerakan yang mahu menjatuhkan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Zahid Hamidi.

Menulis dalam blognya, Sayuti percaya gerakan itu ditunjangi Menteri Umno, Datuk Seri Hishammudin Hussein yang juga naib presiden parti ketuanan Melayu itu.

“Orang yang mahu melihat Zahid tumbang tentu mereka yang tidak mahu melihat beliau terus selesa menjadi TPM seterusnya menjadi PM. Tentu sekali kumpulan itu mereka yang ada calon lain untuk diletakkan di tempat Zahid.

sayuti omar“Apabila bercakap fasal ini dan mencari siapakah tokohnya, ia tentu orang yang senior dalam parti waktu ini yang berada di hirearki ketiga iaitu dijawatan naib presiden.

“Siapakah pula yang satu-satunya berada di jawatan naib presiden waktu ini yang layak? Jawapannya Hishamuddin Hussein,” katanya.

Zahid sebelum ini mendedahkan wujudnya usaha untuk menjatuhkannya sebagai Ahli Parlimen Bagan Datoh dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14).

Zahid menyifatkan usaha itu umpama ‘rosak ikan bermula di kepala’.

Ketika ini Zahid yang juga Naib Presiden Umno menjalankan tugas Timbalan Presiden Umno selepas pemecatan Tan Sri Muhyiddin Yassin daripada jawatan itu.

Hishammudin dan Zahid masing-masing berada di dalam kelompok tertinggi Umno selepas Presidennya, Datuk Seri Najib Razak.

-NFN-


Pengarang :