Selangorkini
SELANGOR

Laluan Persiaran Barat PJ ditutup sementara

OLEH ERMIZI MUHAMAD

SHAH ALAM, 19 JAN: Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) akan melakukan penutupan sementara laluan ke Persiaran Barat dari arah Kuala Lumpur dan sebahagian Jalan Utara, bermula 15 Februari hingga 14 Mac depan.

Sekretariat Media Unit Komunikasi Korporat MBPJ dalam kenyataannya berkata, penutupan itu dibuat bagi melaksanakan Kajian Keselamatan Pengguna Jalan Raya Persiaran Barat.

Menurut kenyataan itu, ia sebahagian daripada syor dikeluarkan Perunding Keselamatan Jalan Raya menerusi lantikan dibuat MBPJ sebelum ini.

“Pembahagian jalan akan diletakkan di Jalan Timur (bersebelahan Amcorp Mall) dari jejambat Jalan Timur ke pepulauan bangunan TNB.

“Pengguna yang ingin menuju ke Bangunan Amcorp Mall dan sehaluan dengannya boleh meneruskan perjalan di Lebuhraya Persekutuan, naik ke jejabat berhampiran PJ Hilton.

FA LALUAN YG DITUTUP AREA AMCORP MALL 2017-01 (2)“Pengguna juga boleh membuat pusingan di jejantas menuju ke Lebuhraya Persektuuan menghala ke Kuala Lumpur dan naik semula di jejambat Jalan Timur dan menuju ke Amcorp Mall dengan selamat,” kata kenyataan itu.

Pengguna jalan raya disaran mematuhi tanda arah serata arahan daripada petugas trafik bagi menjamin kelancaran lalu lintas.

Untuk sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut, orang awam boleh menghubungi talian 03-79563544 atau sambungan 203/308.

-AA-


Pengarang :