Selangorkini
BERITA UTAMA SELANGOR

Lebih 1,000 sertai program sulung Shah Alam Hari Tanpa Kenderaan 2017

OLEH LIZAWATI MADFA

SHAH ALAM, 22 JAN: Lebih 1,000 warga Shah Alam menyertai Program Hari Tanpa Kenderaan 2017 yang julung kali diadakan, hari ini.

Timbalan Datuk Bandar, Shukri Mohamad Hamin berkata, program itu bertujuan melahirkan masyarakat yang mengamalkan gaya hidup sihat, di samping memelihara persekitaran lebih baik.

“MBSA gembira program ini mendapat tempat di hati masyarakat yang sudi hadir menjayakannya walaupun diadakan pada awal pagi.

MBSA Tanpa Kenderaan (2)“Kita berharap lebih ramai lagi akan menyertai program gaya hidup sihat ini, pada masa akan datang,” katanya selepas menyempurnakan Majlis Pelepasan Hari Tanpa Kenderaan 2017 di Dataran Kemerdekaan, di sini.

Antara pengisian program adalah pelepasan peserta untuk aktiviti riadah seperti berbasikal dan berjalan kaki.

Shukri berkata, program berkenaan akan dilaksanakan pada setiap Ahad minggu kedua setiap bulan.

“Kita turut menyediakan sewaan peralatan berbasikal dan ‘roller blade’ untuk menarik penyertaan orang awam,” katanya.

-NFN-


Pengarang :