Selangorkini
SELANGOR

LZS henti tawar BUP kepada asnaf fisabilillah

OLEH LIZAWATI MADFA

SHAH ALAM, 16 JAN: Mulai tahun ini, Bantuan Umum Pelajaran (BUP) tidak akan ditawarkan kepada pelajar dalam kalangan asnaf fisabilillah, sepertimana tahun sebelumnya.

Menerusi makluman di laman sesawang Lembaga Zakat Selangor (LZS), bantuan pendidikan itu sebaliknya diberikan kepada asnaf fakir dan miskin yang berdaftar sahaja.

Bantuan berkenaan merangkumi bantuan membiayai pelbagai jenis bayaran bermula peringkat pra persekolahan sehingga institusi pengajian tinggi (IPT).

Pada tahun ini, LZS mengagihkan sejumlah RM10.9 juta wang kepada 94,391 anak asnaf fakir dan miskin di Selangor bagi membiayai yuran dan persiapan persekolahan.

Pada masa sama, seramai 4,200 mahasiswa asnaf fakir dan miskin di IPT dibiayai meliputi bantuan wang saku, yuran, penginapan, persediaan masuk dan buku rujukan.

-nR-


Pengarang :