Selangorkini
GLOBAL

Mahkamah Persekutuan tangguh arahan Donald Trump halang masuk AS

WASHINGTON 29 JAN: Mahkamah Persekutuan Amerika Syarikat membuat keputusan mengejutkan apabila memberikan penangguhan keputusan Presiden Donald Trump yang menghalang kemasukan warganeara tujuh negara muslim.

Mahkamah Persekutuan menyatakan mereka yang sudah tiba di Amerika Syarikat, dalam transit dan pemegang sah visa boleh memasuki negara itu.

Keputusan itu menangguhkan keputusan dibuat Donald Trump menghalang warganegara di tujuh negara majoriti muslim masuk ke negara itu untuk tempoh 90 hari.

Dalam arahan eksekutif yang ditandatangani Jumaat lalu, Trump mengarahkan sekatan bagi pelarian untuk sekurang-kurangnya selama 120 hari.

C3SsOw9WcAAz8gFKeputusan kontroversi Donald Trump itu menerima reaksi ramai rakyatnya apabila beratus-ratus melakukan demontrasi di seluruh lapangan terbang di negara itu.

Dunia antarabangsa termasuk Iran dan Britain mengecam tindakan arahan Donald Trump.

Rakyat yang dihalang memasuki negara itu adalah Iran, Iraq, Libya, Somalia, Sudan, Syria dan Yemen.

=EZY=


Pengarang :