Mahkamah Tinggi beri kebenaran MB cabar laporan audit 1MDB | Selangorkini


Mahkamah Tinggi beri kebenaran MB cabar laporan audit 1MDB

KUALA LUMPUR 11 JAN: Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memberi kebenaran Dato’ Menteri Besar Selangor, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali mencabar tindakan Ketua Audit Negara yang mengklasifikasikan laporan audit 1 Malaysia Development Berhad (1MDB) sebagai rahsia rasmi.

Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Hanipa Farikulla membenarkan permohonan selepas mendapati permohonan itu mempunyai merit untuk didengar, hari ini di sini.

Mahkamah menolak bantahan awal yang dikemukakan oleh pihak responden.


Dalam permohonan itu mereka menamakan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak; Ketua Audit Negara, Tan Sri Ambrin Buang; dan kerajaan Malaysia sebagai responden.

Dalam permohonan difailkan pada 15 Ogos 2016, Mohamed Azmi menuntut suatu deklarasi bahawa tindakan responden pertama mengklasifikasikan laporan mengenai 1MDB sebagai rahsia rasmi adalah suatu tindakan dalam konflik kepentingan.

Antara lain, beliau menyatakan alasan Ambrin tidak mempunyai kuasa untuk mengklasifikasikan laporan itu sebagai rahsia rasmi kerana kuasa untuk berbuat demikian menurut Seksyen 2B OSA hanya terserah kepada pegawai awam.

Selain itu, beliau juga menuntut suatu perintah ‘mandamus’ bagi memaksa semua responden, pekerja-pekerja, pegawai-pegawai, ejen-ejen atau dengan apa jua cara dengan serta-merta untuk mengklasifikasikan semula Laporan 1MDB menurut Seksyen 2C OSA 1972 dan menyiarkannya kepada orang ramai.

Mohamed Azmin mengemukakan tuntutan berkenaan dengan alasan bahawa keputusan untuk mengklasifikasikan laporan 1MDB sebagai rahsia rasmi adalah tidak berpelembagaan kerana melanggar Perkara 107 Perlembagaan Persekutuan.

Katanya keengganan responden untuk mengklasifikasikan semula laporan berkenaan adalah tidak munasabah.

=EZY=

Media Selangor Mobile App

Membawakan kepada anda berita terkini daripada Selangorkini, aplikasi mudah alih Media Selangor membekalkan kepada anda sumber yang dipercayai untuk liputan berita yang pantas di mana sahaja dan pada bila bila masa


Smiley face Smiley face


Kongsikan ini :

About the contributor

Norway

Editor

Mohd Ezli Mashut


Norway    Norway   Norway   Norway  

BERITA BERKAITAN

Prev
Next