Selangorkini
SELANGOR

Mangsa banjir di Selangor kekal 228 orang

SHAH ALAM, 29 JAN: Mangsa dipindahkan di Selangor ke pusat pemindahan banjir kekal 228 mangsa di tiga pusat pemindahan di Sabak Bernam setakat jam 9 pagi ini.

Menurut jurucakap Bilik Gerakan Bencana Daerah Sabak Bernam, jumlah berkenan kekal seperti malam tadi.

Mangsa terbabit terdiri daripada 104 mangsa (27 keluarga) yang ditempatkan di Dewan Sri Bernam, Sungai Besar, dan 95 orang mangsa (29 keluarga) di Dewan Parit Baru, Sungai Air Tawar.

Sementara 29 mangsa daripada lapan keluarga ditempatkan di Dewan Seri Nakhoda, Bagan Nakhoda Omar.

=EZY=


Pengarang :

Related posts

Persimpangan Bertingkat Sebelah I-City Tidak Pakai Wang Rakyat

Muhammad Asri Sapfie

Bincang pembangunan infrastuktur dengan OKU

Penduduk harap isu banjir Kampung Jalan Kebun diatasi

Mohd Naeem Mohamad Raffi