Selangorkini
BERITA UTAMA SELANGOR

MB agih buah limau dan kalender

OLEH AFIX REDZUAN

GOMBAK, 24 JAN: Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali menyampaikan ‘ang paw’ dan buah limau kepada pengunjung Pasar Taman Sri Gombak pagi ini.

Beliau tiba sekitar jam 8.30 pagi disambut pengunjung pasar yang rata-rata terkejut dengan ketibaannya lalu mengambil kesempatan bersalaman serta bergambar.

Selain menyerahkan limau, beliau turut memberikan beg berjumlah 500 unit yang diisi dengan kalender serta kad ucapan sempena Sambutan Tahun Baru Cina yang disambut pada hujung minggu ini.

Hadir sama menyerahkan sumbangan Exco Pembangunan Generasi Muda, Sukan, Kebudayaan dan Pembangunan Usahawan, Amirudin Shari dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADN) Gombak Setia, Hasbullah Ridzuan.

DSC_4428

 

DSC_4397

 

DSC_4807

=EZY=


Pengarang :